Kamis, 08 September 2011

PUISI CINTA

Jun 25, '07 12:40 AM
untuk
Anda Dilamun Cinta Atau Anda dikecewakan?Hayatilah setiap bait-bait ini...semoga ia menceriakan hidup anda....

Kadang-kadang hati kecil ku melamun..
Bahawasanya kau ayang
Diwujudkan hanya untuk diriku..

Kadang-kadang hati kecil ku melamun..
Kau sebelum ni bersemadi di kalangan bintang-bintang
Kau dijemput ke bumi hanya untuk diriku..

Kadang-kadang hati kecil ku melamun..
Badan mu, mata mu, bibir mu, rambut mu dan pinggang mu,
Adalah milik ku..

Kadang-kadang hati kecil ku melamun..
Senyuman manis mu, sentuhan lembut mu,
Bauan harum badan mu adalah hanya
Milik ku..

Kadang-kadang hati kecil ku melamun..
Malam ini adalah malam pertama kita
Ku selak selendang mu dan kau
Malu lalu menyorok dalam pelukan dan
Belaian ku..

Ku sedar kau kepunyaan yang lain..
Ku sedar cinta ku tidak kesampaian..
Ku sedar ku tewas dik keadaan..
Ku sedar betapa peritnya ku menanggung
Kekecewaan dalam percintaan ini..
Ku sedar betapa pedihnya seksaan..
Mengenang kau disentuh dan dalam pelukkan yang lain
Tapi apakan daya cuma kadang-kadang hati
Kecil ku melamun..


Abang…
Salam sayang untuk insan tersayang yang dipanggil kekasih… Semoga tatkala ini kau bergembira selalu semoga doaku selama ini mengiringi perjalanan hidupmu..

Abang…
Buatmu yang tersayang ku layarkan warkah bisu ini untuk mencurahkan segala yang terbuku disanubariku..

Abang…
Siapa sangka siapa menduga pertemuan sesingkat cuma mencipta jua bibit-bibit cinta dan kasih sayang diantara kita.. Masihkah kau ingat pertemuan yang pertama kau memegang erat tanganku sambil merenung dimataku.. Membuatkan aku layu bagaikan bunga yang tiada madunya .. Senyumanmu yang memikat kalbu bagai satu azimat buatku.. Semenjak detik itu kau membuka pintu kamar hatiku untuk memiliki dirimu.. Tahukah olehmu betapa aku sayang dan rindu bila kita tidak bersua.. Walaupun sementara cuma..

Abang…
Ternyata kau insan yang istimewa dan matang dalam membuat keputusan sebab itulah teguh cinta ku terhadapmu..dan janganlah diucapkan Selamat tinggal padaku yang masih setia menanti bersama seribu impian .. Bagiku kau ilhamku dan kau satu-satunya dalam diri ini.


Sayang…

      Di kala malam semakin tua..tempias wajahmu datang menjenguk dengan penuh kemanjaan.. Sang bulan datang menghuraikan cahaya bersama desiran angin yang menghembus lembut diseluruh sanubariku.. Tika diriku disulam rindu terhadapmu suara pungguk datang menyapa membawa seribu kesyahduan .

Sayang…
        Kau layarkan bahtera cinta yang tulus kepadaku .. ku sambut ikhlas bersama sebuah kasih yang suci biarpun pernah bahtera cinta ini hampir singgah dipelabuhan.. Aku tetap sedaya upaya untuk kemudikannya kedasar lautan kasih… Kini bahtera cinta kita berkemudi dilautan yang tenang dan penuh dengan kebahagiaan… Sedalam mana lautan cinta kita sedalam itulah perasaan rindu ini terhadapmu.. biar badai datang menempuhnya akan tetap kusatukan kasih dan sayang ini menjadi milikmu buat selamanya.

Sayang…
        Ku singkap tabir cintamu diwaktu kerinduan bertamu diruang hatiku... Segala apa yang lahir dari hatiku adalah ikhlas dan bukannya semata-mata mainan bibir dan tidak tahu bagaimana untuk kubuktikan betapa aku amat menyayangi dan menyintaimu... Sesungguhnya diri ini tidak mahu kehilanganmu dan aku tak sanggup merobohkan mahligai cinta yang sama-sama kita bina atas dasar sebuah kasih sayang yang suci.

Sayang…
        Ingin ku khabarkan kepada dunia betapa aku amat menyayangi dan merinduimu.. Kau adalah segala-sagalanya buatku dan ikhlas ku katakan aku bahagia bersamamu.. bisikan asmaramu membuatkan aku keresahan rindu setiap kali wajahmu datang bertamu.. kemanakah akan ku bawa rindu ini.. Ketahuilah olehmu sayang.. setiap kali kasihmu yang penuh kemanjaan datang menjenguk setiap detik mutiara rindu menemaniku.


Kekasihku…
Di kesuraman malam ini aku terbayang kenangan lalu sewaktu bersamamu suka.. duka semua rela ku tempuhi walaupun halangan menimpa bumi..

Kekasihku…
Seandainya luahan hatiku ini bisa membuat dirimu tak lena.. mohon maaf yang kupinta dan hanya susunan jari-jari munggil saja yang dapat ku persembahkan ..

Kekasihku…
Sebenarnya diri ini amat merindui dirimu.. membuat diri ini termenung semalaman..
Hanya bulan dan bintang menjadi saksi kerinduanku ini dan menunggu sinaran yang akan menerangi kehidupan ku..

Kekasihku…
Suaramu membuatkan diriku tak bisa lena.. Matamu memberi sinaran cahaya buatku.. Wajahmu membuat diriku tidak jemu memandang dan hatimu menyimpan seribu cintaku..

Kekasihku..
Tika kau jauh dimata.. Aku disini terasa terasing.. terasing tanpamu disisi..
Cintaku bagaikan mutiara yang pudar sinarnya.. ingin kukembalikan sinarnya namun apakan daya tanpamu disisi.. Percayalah sayangku.. kesejatian kasihku tidak mungkin dapat ditewaskan walau apa jua keadaan.. hanya kau yang bertakhta di hati ini.
 


Sayang…


Kehadiranmu bagaikan purnama menghiasi keindahan malam ceria..
Berkelipan bintang diangkasa menambahkan serinya suasana..
Aku kini sungguh gembira..

Sayang…

Akan kuserahkan kasihku padamu.. agar terlerai hasrat dikalbu..
Takkan dimungkiri setiaku hanya untuk dirimu..

Sayang…

Biarku dicengkam gelisah dan dibuai rindu yang mendalam…
Hanya belaianmu yang teramat ku dahaga.. percayalah sayang kehadiranmu membawa seribu makna pada diriku..

Sayang…

“ AKU CINTA PADAMU 

 


Sayang…


Rindu yang semakin mendalam.. tatkala kau jauh dari diri ini...
Bayangan wajahmu sering hadir diruang mataku..

Tak dapat ku lupa dirimu.. tiap saat  setiap detik apakah itu tanda cinta ? perasaan memendam diantara kita bagaikan zahir tak terucap… walaupun kasih itu ada namun sentuhan cintamu sesejuk embun pagi.. menyentuh setiap sanubariku..

Sinar mentari menyinar bak seketika memberi seribu bahagia dan seribu kenangan tak luput dari ingatan.. namun mampukah kita bersatu membina mahligai indah ? ..

Pada takdir dan waktu aku bermohon jangan pisahkan
‘aku dan dia’ biar pun cinta kita sedingin salju..

Hadirmu menyerahkan kembali sinar kedukaan yang terlerai kasih dulu.. yang derita bagaikan tertusuk sembilu..

Hanya padamu yang satu .. langkah seiring kita aturkan dalam layar impian menuju mahligai syahdu.



Aku tidak mengenali dirimu..dikau telah berubah bersama angin dan waktu... Semakin terasing kurasakan diri ini..hilang kemesraan akal dan budi...puji dan puja merubah segalanya...mimpi kita tak lagi serupa walaupun ku cuba berjalan seiring namun ku sedari kita tak mungkin berganding...apa gunanya kau berpura-pura hati dan bibir tiada sekata...tiada dihati ku berharap lagi...bicara kita berakhir disini...tak perlu ada cacian dan umpatan sebaiknya kita berpisah sebagai teman...terima kasih untuk segalanya...

0 komentar:

Posting Komentar

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More